SALINA BT MAT YUSOFF ~ D20102042484 ~ EL-A14 ~PENSYARAH:PN NADIA AKMA BT AHMAD ZAKI

Tuesday 13 December 2011

BERISTINJAK


Pengertian istinjak ialah membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih dan suci.  Hukum istinjak adalah wajib.  Alat yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah:
(i) air mutlak iaitu air sungai, air perigi, air mata air, air laut dan sebagainya
(ii) benda-benda yang keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan lain-lain.

Haram beristinjak dengan menggunakan benda-benda yang dihormati seperti makanan, tulang dan benda-benda yang ditulis dengan nama Allah, ayat-ayat Al-Quran serta hadis.

Syarat beristinjak dengan menggunakan batu dan benda-benda kesat adalah seperti berikut:
  • sekurang-kurangnya tiga kali disapu dengan tiga biji batu atau batu yang mempunyai tiga penjuru 
  • najis yang keluar itu kering 
  • najis belum kering pada tempatnya 
  • najis tidak berlumuran pada tempat keluarnya 
  • tidak terkena najis lain ke atasnya 
  • najis tidak dibasahi air 
  • tertentu sahaja


Beristinjak menggunakan air ialah dengan membasuh tempat keluar najis dengan bersih dan suci.  Tempat yang terkena najis mesti dibersihkan sehingga menghilangkan rasa, bau dan warna / zatnya.
Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil samada tiga kali, lima kali, tujuk kali dan seterusnya dan menggunakan tangan kiri.  Sewaktu beristinjak, kita disunatkan membaca doa yang bermaksud: 


"Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kekotoran (perbuatan yang keji)" 

No comments:

Post a Comment