SALINA BT MAT YUSOFF ~ D20102042484 ~ EL-A14 ~PENSYARAH:PN NADIA AKMA BT AHMAD ZAKI

Tuesday 13 December 2011

VIDEO PENGERTIAN ISTINJAK

MARI MENONTON: ISTINJAK

ALAT-ALAT BERISTINJAK

Gambar di bawah menunjukkan alat-alat yang digunakan untuk beristinjak:
 Air dan benda-benda kesat.


BERISTINJAK


Pengertian istinjak ialah membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih dan suci.  Hukum istinjak adalah wajib.  Alat yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah:
(i) air mutlak iaitu air sungai, air perigi, air mata air, air laut dan sebagainya
(ii) benda-benda yang keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan lain-lain.

Haram beristinjak dengan menggunakan benda-benda yang dihormati seperti makanan, tulang dan benda-benda yang ditulis dengan nama Allah, ayat-ayat Al-Quran serta hadis.

Syarat beristinjak dengan menggunakan batu dan benda-benda kesat adalah seperti berikut:
  • sekurang-kurangnya tiga kali disapu dengan tiga biji batu atau batu yang mempunyai tiga penjuru 
  • najis yang keluar itu kering 
  • najis belum kering pada tempatnya 
  • najis tidak berlumuran pada tempat keluarnya 
  • tidak terkena najis lain ke atasnya 
  • najis tidak dibasahi air 
  • tertentu sahaja


Beristinjak menggunakan air ialah dengan membasuh tempat keluar najis dengan bersih dan suci.  Tempat yang terkena najis mesti dibersihkan sehingga menghilangkan rasa, bau dan warna / zatnya.
Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil samada tiga kali, lima kali, tujuk kali dan seterusnya dan menggunakan tangan kiri.  Sewaktu beristinjak, kita disunatkan membaca doa yang bermaksud: 


"Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kekotoran (perbuatan yang keji)" 

GAMBAR-GAMBAR AIR MUTLAK

AIR EMBUN
AIR MATA AIR
AIR PERIGI


AIR SUNGAI












AIR HUJAN





AIR SALJI
AIR LAUT



Sunday 11 December 2011

AIR UNTUK BERSUCI

Air yang terbaik untuk bersuci ialah air mutlak.  Maksud air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan.  Ia terbaik digunakan untuk berwuduk, mandi wajib dan beristinjak.  Air mutlak ada tujuh jenis iaitu:
(i) Air hujan
(ii) Air laut
(iii) Air perigi
(iv) Air mata air
(v) Air salji
(vi) Air sungai
(vii) Air embun

Bahagian-Bahagian Air
Air terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
+ Air mutlak
+ Air mutanajjis
+ Air musta'mal
+ Air musyammas
+ Air mutaghayyir
+ Air muqaiyad

DOA SELEPAS BERWUDHUK

DOA SELEPAS BERWUDHUK

CARA BERWUDHUK BAGI PEREMPUAN

CARA BERWUDHUK BAGI LELAKI

Wednesday 7 December 2011

Perkara-perkara yang makruh ketika berwudhuk

v Membasuh anggota wudhuk lebih dari tiga
     kali.
v  Berkumur-kumur atau memasukkan air ke 
      hidung secara berlebihan .
v  Mendahulukan anggota kiri dari kanan.
v  Bercakap ketika berwudhuk .

Perkara-perkara sunat ketika berwuduk

ØMulakan dengan membaca  Bismillah
ØMembasuh kedua tangan hingga ke pergelangan
ØBerkumur-kumur
ØMembasuh kedua-dua telinga
ØMenyapu air ke seluruh kepala
ØMemasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya
ØMengulangi tiga kali setiap perbuatan

Tuesday 6 December 2011

NASYID "CARA BERWUDHUK"

Mula-mula basuh tangan
Kumur-kumur cuci hidung

Baca niat dalam hati
Nawaitul wudhu a lillahi ta'ala
Sahaja aku berwudhuk kerana Allah Ta'ala

Kemudian basuh muka
Basuh tangan ke siku

Ambil air kita sapu di kepala
Basuh telinga dan kaki

Tiap satu tiga kali
Tiap satu tiga kali

Sunday 4 December 2011

Dalil wajib bersuci (berwudhuk)




Dalil wajib bersuci telah dijelaskan dalam Surah Al-Maidah ayat 6:



Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;

Perkara yang membatalkan wudhuk

Batal wudhuk 5 perkara
Perlu diketahui oleh semua
Jika terbatal berwudhuk semula
Amalannya sah tidak berdosa


Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk ialah:
1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
2. Tidur yang tidak tetap punggung.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.
4. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan 'mahram' tanpa berlapik.
5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik.


________________
 'mahram': lelaki dan perempuan yang diharamkan kahwin.

Monday 7 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA

IBADAH KORBAN
Firman Allah Ta’ala bermaksud:

‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah”
 
(Al-Kautsar: 2)

"Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”
 

(Surah Al-Hajj: 36)

SEJARAH KORBAN
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada Allah, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”

Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s

Firman Allah Ta’ala bermaksud:
 
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan (mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) si anak boleh berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau, oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Si anak yakni Nabi Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada golongan orang-orang yang sabar.”
 

(Al-Soffat: 100-102)

Mulakan dengan Bismillah..pasti diberkati Allah.

Saturday 24 September 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam perkenalan 1Malaysia,
Selamat datang ke blog saya,
Ukhwah terjalin sesama kita.

Friday 23 September 2011