"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."
Tuesday, 13 December 2011
BERISTINJAK
Pengertian istinjak ialah membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih dan suci. Hukum istinjak adalah wajib. Alat yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah:
(i) air mutlak iaitu air sungai, air perigi, air mata air, air laut dan sebagainya
(ii) benda-benda yang keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan lain-lain.
(ii) benda-benda yang keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan lain-lain.
Haram beristinjak dengan menggunakan benda-benda yang dihormati seperti makanan, tulang dan benda-benda yang ditulis dengan nama Allah, ayat-ayat Al-Quran serta hadis.
Syarat beristinjak dengan menggunakan batu dan benda-benda kesat adalah seperti berikut:
- sekurang-kurangnya tiga kali disapu dengan tiga biji batu atau batu yang mempunyai tiga penjuru
- najis yang keluar itu kering
- najis belum kering pada tempatnya
- najis tidak berlumuran pada tempat keluarnya
- tidak terkena najis lain ke atasnya
- najis tidak dibasahi air
- tertentu sahaja
Beristinjak menggunakan air ialah dengan membasuh tempat keluar najis dengan bersih dan suci. Tempat yang terkena najis mesti dibersihkan sehingga menghilangkan rasa, bau dan warna / zatnya.
"Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kekotoran (perbuatan yang keji)"
Sunday, 11 December 2011
AIR UNTUK BERSUCI
Air yang terbaik untuk bersuci ialah air mutlak. Maksud air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan. Ia terbaik digunakan untuk berwuduk, mandi wajib dan beristinjak. Air mutlak ada tujuh jenis iaitu:
(i) Air hujan
(ii) Air laut
(iii) Air perigi
(iv) Air mata air
(v) Air salji
(vi) Air sungai
(vii) Air embun
(ii) Air laut
(iii) Air perigi
(iv) Air mata air
(v) Air salji
(vi) Air sungai
(vii) Air embun
Bahagian-Bahagian Air
Air terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
+ Air mutlak
+ Air mutanajjis
+ Air musta'mal
+ Air musyammas
+ Air mutaghayyir
+ Air muqaiyad
+ Air mutanajjis
+ Air musta'mal
+ Air musyammas
+ Air mutaghayyir
+ Air muqaiyad
Wednesday, 7 December 2011
Perkara-perkara yang makruh ketika berwudhuk
v Membasuh anggota wudhuk lebih dari tiga
kali.
v Berkumur-kumur atau memasukkan air ke
hidung secara berlebihan .
v Mendahulukan anggota kiri dari kanan.
v Bercakap ketika berwudhuk .
Perkara-perkara sunat ketika berwuduk
ØMulakan dengan membaca Bismillah
ØMembasuh kedua tangan hingga ke pergelangan
ØBerkumur-kumur
ØMembasuh kedua-dua telinga
ØMenyapu air ke seluruh kepala
ØMemasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya
ØMengulangi tiga kali setiap perbuatan
Tuesday, 6 December 2011
NASYID "CARA BERWUDHUK"
Mula-mula basuh tangan
Kumur-kumur cuci hidung
Baca niat dalam hati
Nawaitul wudhu a lillahi ta'ala
Sahaja aku berwudhuk kerana Allah Ta'ala
Kemudian basuh muka
Basuh tangan ke siku
Ambil air kita sapu di kepala
Basuh telinga dan kaki
Tiap satu tiga kali
Tiap satu tiga kali
Kumur-kumur cuci hidung
Baca niat dalam hati
Nawaitul wudhu a lillahi ta'ala
Sahaja aku berwudhuk kerana Allah Ta'ala
Kemudian basuh muka
Basuh tangan ke siku
Ambil air kita sapu di kepala
Basuh telinga dan kaki
Tiap satu tiga kali
Tiap satu tiga kali
Monday, 5 December 2011
Sunday, 4 December 2011
Dalil wajib bersuci (berwudhuk)
Dalil wajib bersuci telah dijelaskan dalam Surah Al-Maidah ayat 6:
Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;
Perkara yang membatalkan wudhuk
Batal wudhuk 5 perkara
Perlu diketahui oleh semua
Jika terbatal berwudhuk semula
Amalannya sah tidak berdosa
Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk ialah:
1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
2. Tidur yang tidak tetap punggung.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.
4. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan 'mahram' tanpa berlapik.
5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik.
________________
'mahram': lelaki dan perempuan yang diharamkan kahwin.
Perlu diketahui oleh semua
Jika terbatal berwudhuk semula
Amalannya sah tidak berdosa
Perkara-perkara yang membatalkan wudhuk ialah:
1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
2. Tidur yang tidak tetap punggung.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.
4. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan 'mahram' tanpa berlapik.
5. Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik.
________________
'mahram': lelaki dan perempuan yang diharamkan kahwin.
Subscribe to:
Posts (Atom)